Biasiswa ni dah tak sama macam dulu yang 100% tajaan. Sekarang, ada perubahan sikit. So, macam mana cara dia berfungsi?
Macam mana biasiswa ni berfungsi?
Once korang graduate, biasiswa ni akan tengok korang keje apa.
- kalau swasta 50% off
- semi kerajaan 25% off
- kerajaan 100%
Disclaimer: once korang dh tamat belajar, korang takkan dijamin dapat keje kerajaan 100%. bergantung kepada kos dan nasib jugak. Tapi sebagai syarat memang korang kena apply portal SPA lepas tamat belajar.
Banyak soalan yang aku dapat dari pelajar2 yang tengah fikir nak amik ke tak tawaran ni. Okay meh kita jawab satu persatu!
1. Bila kena lapor tamat belajar?
Kena lapor dalam masa setahun selepas tamat internship.
2. Macam mana nak lapor diri?
Zaman aku, korang cuma perlu pergi ke portal myself JPA, masukkan keputusan keseluruhan dan tunggu beberapa bulan untuk proses selanjutnya.
3. Bila mula kena bayar?
Biasiswa JPA sekarang bersyarat, jadi pembayaran akan bermula selepas lapor diri selesai. Jumlah bayaran bergantung pada kos pengajian dan pinjaman yang diterima. Sebagai contoh, aku bayar hanya RM50 sebulan.
4. Ada interest tak?
Tak ada interest. Ini memang salah satu kelebihan berbanding PTPTN sebab tak ada bunga langsung.
5. Bila boleh apply untuk pengurangan bayaran?
Actually part ni paling complicated sebab kena banyak documents especially kalau korang keje swasta and keep tukar keje cam aku huhuhu
since kos aku hanya 3 tahun, syarat aku is kena keje 3 tahun and paling lama tanam anggur is 6 bulan. Jadi kalau tukar company takde hal tp xleh lebih 6 bulan kalau tak, tak valid. So sepanjang 3 tahun tu 3 company aku keje sbb setiap tahun tukar keje hhehe. jadi aku kena buat documentation ketiga2 company and submit.
6. Bila dapat tahu keputusan pengurangan bayaran?
Proses ini biasanya mengambil masa setahun juga. Aku pun mula give up sebab hantar permohonan via email tapi langsung tak ada maklum balas. Aku follow up pun senyap je. Ingatkan tak lepas la sebab tukar kerja banyak kali. Tapi suatu hari, surat tiba di rumah dan permohonan aku diluluskan. Setelah lulus, korang boleh bayar ansuran atau penuh.
No comments:
Post a Comment